Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Liga M Awards: Ini Senarai Penuh Pemenang Setiap Kategori

Senarai penuh pemenang setiap kategori
Kredit: Facebook MFL

Pengiktirafan buat pemain dan pasukan kembali mewarnai arena bola sepak tempatan, sekali gus menyuntik semangat baharu menjelang musim Liga Malaysia (Liga-M) yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Semalam, berlangsungnya Liga Malaysia (Liga M) Awards yang tampil dengan penjenamaan baharu selepas sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK).

Acara berprestij itu menjadi platform untuk mengiktiraf pencapaian pemain, penyokong, jurulatih dan pasukan yang mencorakkan saingan Liga-M, selain menyemarakkan lagi persiapan menjelang musim baharu.

Senarai penuh pemenang setiap kategori

Pemain Paling Bernilai (MVP) – Afiq Fazail (JDT)

Selepas empat musim berturut-turut didominasi Arif Aiman Hanapi sejak 2021, trofi itu akhirnya bertukar tangan apabila bintang tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) dinobatkan sebagai penerima baharu, susulan sumbangan konsistennya sebagai watak penting dalam setiap perlawanan.

Kredit: Facebook MFL

Jurulatih Terbaik – Xisco Munoz (JDT)

Penjaga Gol Terbaik – Syihan Hazmi Mohamed (JDT)

Pertahanan Terbaik – Quentin Cheng (Selangor)

Pemain Tengah Terbaik – Afiq Fazail (JDT)

Penyerang Terbaik – Faisal Halim (Selangor)

Pemain Import Terbaik – Bergson da Silva (JDT)

Pemain Muda Terbaik – Haziq Kutty Abba (Penang)

Gol Terbaik Liga Malaysia 2025/26 – Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Safawi Rasid (KL City)

Penjaring Terbanyak Liga Super – Bergson da Silva (JDT)

Pasukan Terbaik – Johor Darul Ta'zim (JDT)

Anugerah Fair Play – Melaka FC

Penyokong Terbaik – Boys of Straits (JDT)

Fan XI – Haziq Nadzli (Kuching City), James Okwuosa (Kuching City), Eddy Israfilov (JDT), Rodney Celvin Akwensivie (Kuching City), Petrus Shitembi (Kuching City), Danial Amier Norhisham (Kuching City), Afiq Fazail (JDT), Oscar Arribas (JDT), Arif Aiman Hanapi (JDT), Bergson da Silva (JDT) dan Ramadhan Saifullah Usman (Kuching City).

Kredit: Facebook MFL

Intipati
  • Afiq Fazail dari JDT dinobatkan Pemain Paling Bernilai pada Liga M Awards.
  • JDT turut meraih anugerah Jurulatih Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan Pasukan Terbaik.
  • Anugerah lain mengiktiraf Faisal Halim, Bergson da Silva, Haziq Kutty Abba dan Melaka FC.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan