Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perkhidmatan e-Rayuan Pungutan Cukai Pegangan Boleh Diakses Dalam Portal MyTax - LHDN

Adib Haiqal
e-Rayuan Pungutan Cukai
Kredit: Bernama

Perkhidmatan e-Rayuan Pungutan Cukai Pegangan Boleh Diakses Dalam Portal MyTax - LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan bahawa perkhidmatan e-Rayuan Pungutan Cukai Pegangan kini boleh diakses secara dalam talian melalui portal MyTax.

Menurut kenyataan media tersebut, pengguna boleh melayari portal MyTax dan mengikuti langkah-langkah yang disediakan dengan klik menu daftar masuk dan memiih peranan individu/pengarah/wakil pengarah, kemudian ke perkhidmatan ezHasil, eRayuan, e-Rayuan pungutan dan seterusnya cukai pegangan (WHT).

Selain itu, pengguna juga boleh merujuk manual pengguna e-Rayuan pungutan yang disediakan dalam portal berkenaan.

Perkhidmatan ini diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan berbanding kaedah sebelum ini yang dikendalikan melalui Borang Maklum Balas Pelanggan.

“Melalui inisiatif ini, pembayar cukai boleh mengemukakan rayuan, permohonan serta pertanyaan dengan lebih mudah dan pantas berbanding kaedah sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan e-Rayuan Pungutan ini merangkumi pelbagai urusan termasuk permohonan pelarasan bayaran, hapus kenaikan, pengecualian (waiver), bayaran balik serta pengemukaan pertanyaan berkaitan cukai pegangan.

LHDN turut menyatakan bahawa pembayar cukai boleh menyemak status permohonan pada bila-bila masa, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih telus dan mesra pelanggan.

Dari segi akses, pembayar cukai individu boleh mengemukakan rayuan atau pertanyaan melalui peranan individu, manakala pengarah syarikat boleh berbuat demikian melalui peranan pengarah atau dengan melantik wakil pengarah bagi tujuan tersebut.

“Langkah ini mencerminkan komitmen HASiL dalam memperluas perkhidmatan secara dalam talian, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada proses manual serta meningkatkan kecekapan penyampaian,” menurut kenyataan itu.

Seiring dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam, HASiL turut menegaskan komitmennya untuk terus menyediakan perkhidmatan percukaian yang cekap, mudah diakses dan berorientasikan pelanggan bagi menyokong pematuhan cukai yang lebih baik dalam kalangan masyarakat.