Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Vietnam Ditahan Disyaki Simpan, Jual Bahagian Hidupan Liar

JOHOR BAHRU, 5 Nov – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menahan seorang lelaki warga Vietnam kerana disyaki menyimpan dan menjual pelbagai bahagian hidupan liar di sebuah premis di kawasan perindustrian di Jalan Benut, Simpang Renggam, dekat Kluang, semalam.

Pengarahnya Salman Saaban berkata lelaki berumur 35 tahun itu ditahan pada pukul 3.45 petang oleh empat anggota penguat kuasa yang bertindak atas maklumat awam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan pihaknya menemukan satu bahagian daging disyaki babi hutan di dalam sebuah peti sejuk beku, dua duri landak, tiga taring babi hutan, empat kulit ular sawa batik, lima kulit biawak serta enam tulang babi hutan.

“Semasa soal siasat, lelaki itu gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah untuk dia menyimpan bahagian hidupan liar berkenaan. Daging itu disyaki disimpan untuk kegunaan sendiri dan dijual,” katanya dan menambah lelaki berkenaan merupakan pekerja di sebuah kedai buah-buahan di kawasan itu.

— BERNAMA