Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Jerman Kagum Dengan Malaysia, Tak Sangka Urusan Ini Selesai Dalam 2 Jam

Aina Munirah
Lelaki Jerman Kagum
Kredit: @germaninmalaysia

Lelaki Jerman Kagum Dengan Malaysia, Tak Sangka Urusan Ini Selesai Dalam 2 Jam

Ramai orang kata antara perkara seronok duduk di Malaysia bukanlah hanya pada makanan, tempat menarik, atau budayanya sahaja. Tetapi, rakyatnya juga terkenal dengan sifat baik hati dan ramah.

Oleh sebab itu juga, ramai orang luar negara yang memilih untuk datang bercuti, belajar atau bekerja di negara ini dan akhirnya jatuh cinta dengan suasana di sini.

Ada juga yang asalnya datang untuk bercuti semata-mata, akhirnya terus ambil keputusan untuk duduk lama sebab rasa selesa dengan layanan orang tempatan.

Kadang-kadang, benda-benda kecil macam ini jugalah yang buat ramai orang luar kagum dengan masyarakat kita yang sememangnya baik hati dan tak lokek membantu.

Lelaki Jerman puji kemudahan urusan harian di Malaysia

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads, @agermaninmalaysia ada berkongsi sesuatu mengenai Malaysia.

Kongsinya, sebagai seorang rakyat Jerman yang tinggal di Malaysia, dia merasakan negara ini membuatkan dia kagum dengan urusan harian dan sistem kehidupan seharian.

Tambahnya lagi, asalnya, cermin mata tanpa bingkainya itu rosak kerana benang yang memegang kanta tersebut telah putus.

"Tanpa cermin mata, saya memang sukar untuk melihat dengan jelas dan saya juga tidak dapat memandu sendiri ke kedai cermin mata sendiri," ujarnya.

Jadi, apa yang dilakukannya adalah dia terpaksa menghubungi sendiri sebuah kedai cermin mata, dan menghantar gambar kerosakan tersebut melalui WhatsApp.

"Mereka beritahu saya yang cermin mata tu masih boleh dibaiki," kongsinya.

Jadi, dia kemudiannya menghantar cermin mata tersebut menggunakan Grab dengan kos RM8.

Kedai tersebut kemudian membaiki cermin mata itu secara percuma, namun, dia tetap menghulurkan sedikit cenderamata kepada mereka.

"Selepas itu, saya order lagi Grab untuk bawak balik cermin mata tu semula. Harganya masih sama, tetap RM8," tulisnya.

Ujarnya lagi, dalam masa lebih kurang dua jam, cermin mata yang rosak tadi dapat dibaiki, bahkan turut dicuci dan termasuk dengan kain pengelap sekali.

Cermin mata yang rosak tadi pun turut dapat dipakai semula dan berfungsi semula seperti biasa.

"Sejujurnya, saya sangat respect dengan kemudahan dan urusan pengendalian di sini," tambahnya.