Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Indonesia Tertarik Dengan “Detail” Kecil Ini Di Mall Malaysia, Ada Yang Anggap Penyelamat

Lelaki Indonesia
Kredit: Taufik Effendi

Berkunjung ke negara orang sememangnya memberikan pelbagai pengalaman baharu yang tentunya tidak dapat dirasai di negara sendiri.

Malah, ada perkara yang mungkin dianggap biasa oleh kita, sebenarnya sesuatu yang menarik bagi orang dari negara lain.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Indonesia berkongsi satu ‘penemuan’ yang menarik perhatiannya setiap kali berada di Malaysia.

Menerusi perkongsian Taufik Effendi di Instagram, dia menunjukkan satu perincian kecil di pusat beli-belah yang membuatkannya tertanya-tanya.

“Satu detail kecil yang saya perhatikan setiap kali ke Malaysia,” katanya.

Perincian yang dimaksudkan ialah keterangan yang dipaparkan di hadapan premis-premis dalam pusat beli-belah tersebut.

“Contohnya ini, tertera kedai minuman keras dan tembakau, kedai mutiara dan restoran,” ujarnya sambil menunjukkan keterangan pada beberapa premis berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menjelaskan bahawa setiap premis perlu memaparkan jenis perniagaan serta maklumat berkaitan pemiliknya.

Malah, ada rakyat Malaysia yang mengakui mereka sendiri tidak pernah menyedari perincian tersebut.

“Saya baru sedar lepas awak sebut pasal benda ni, walaupun saya orang Malaysia,” kata seorang netizen.

Sementara itu, seorang netizen dari Indonesia berkata perkara tersebut menjadi antara sebab dia suka tinggal di Malaysia.

“Selama 10 tahun tinggal di Malaysia, ini yang saya suka sebenarnya. Setiap kedai pasti ada labelnya. Seharusnya di Indonesia hal begini juga harus ditiru,” katanya.

Seorang lagi berkata nombor dan label yang dipaparkan pada premis turut memudahkannya mencari kedai, berbeza ketika berada di Indonesia.

“Nombornya juga jadi penyelamat. Lepas balik Indonesia terus pening kalau masuk mall sebab sesat,” ujarnya.

Kadang-kadang, perkara kecil yang kita anggap biasa rupanya cukup bermakna bagi orang lain dan mungkin wajar untuk kita lebih menghargainya.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Taufik Effendi berkongsi pemerhatiannya mengenai label premis di pusat beli-belah Malaysia.
  • Label itu memaparkan jenis perniagaan seperti kedai minuman keras, tembakau dan restoran.
  • Beberapa netizen berkata label dan nombor premis membantu mereka mencari kedai.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan