Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

LEGOLAND Malaysia Tampil Pertunjukan 500 Dron, Meriahkan BRICK-TACULAR Holidays

LEGOLAND Malaysia Resort bakal menampilkan pertunjukan berskala besar melibatkan 500 dron buat kali pertama pada malam ambang Tahun Baharu, sebagai kemuncak sambutan BRICK-TACULAR Holidays yang berlangsung dari 13 November 2026 hingga 3 Januari 2027.

Pertunjukan udara selama 15 minit itu akan menggabungkan penceritaan berinspirasikan LEGO, muzik dan naratif yang diselaraskan, sebelum diakhiri dengan kiraan detik menyambut ketibaan 2027.

LEGOLAND Malaysia Resort dalam kenyataan memaklumkan sambutan akhir tahun berkenaan turut menampilkan aktiviti membina LEGO, persembahan langsung, hiburan keluarga serta cabutan bertuah dengan keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort, Cs Lim berkata program itu bertujuan menghimpunkan keluarga untuk menikmati musim perayaan melalui pengalaman yang menggalakkan kreativiti dan kebersamaan.

“Daripada membantu Santa melaksanakan misi Krismas hingga menikmati hiburan langsung dan meraikan ketibaan tahun baharu, kami mahu setiap keluarga menemukan detik istimewa mereka sendiri yang penuh keseronokan, kreativiti dan kebersamaan di LEGOLAND Malaysia Resort,” katanya dalam kenyataan itu.

Antara tarikan yang disediakan ialah Santa’s Playtown, yang membolehkan pengunjung mendapatkan Elf Mission Card sebelum menyertai pelbagai cabaran membina, mencari dan menghasilkan ciptaan bertemakan perayaan.

Aktiviti berkenaan termasuk LEGO Music Notes dan Letters to Santa, selain persembahan pentas Live Festive Shows serta peluang bergambar bersama watak LEGO bertemakan musim perayaan.

Di Elf Carnival, pengunjung boleh menyertai cabaran karnival, meneroka binaan LEGO dan menghasilkan hiasan untuk dibawa pulang. Bengkel Build to Give pula mengajak pengunjung membina bentuk hati menggunakan LEGO sebagai sebahagian daripada inisiatif #BuildToGive.

Sementara itu, cabutan bertuah Advent Calendar Lucky Draw akan berlangsung setiap hari dari 1 hingga 30 Disember.

Pengunjung yang berbelanja RM199 atau lebih untuk produk LEGO atau makanan dan minuman di dalam taman berpeluang menyertai cabutan tersebut, yang menawarkan keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Di SEA LIFE Malaysia, keluarga boleh menyertai aktiviti interaktif The Elf on the Shelf Sea Star Search dengan mengumpulkan kepingan Sea Star untuk membina Christmas Sea Star Medallion dan memperoleh Christmas Star Certificate eksklusif.

Pengunjung turut berpeluang bertemu Seastar, watak terbaharu dalam keluarga maskot SEA LIFE.

Sambutan Krismas akan dimeriahkan lagi dari 25 hingga 27 Disember menerusi LEGO Band Jamboree, Cheer Squad Academy dan BRICK-TACULAR Festive March yang menggabungkan muzik langsung, tarian serta perarakan watak LEGO.

Pada 31 Disember, acara A Brick-Tastic New Year Jam pula akan menampilkan muzik langsung, tarian dan watak LEGO bagi meraikan penghujung tahun.

Bagi memberikan lebih masa kepada pengunjung, taman tema itu akan melanjutkan waktu operasi sehingga 8 malam pada hujung minggu sepanjang Disember dan sehingga 9 malam mulai 25 Disember.

Dalam perkembangan berkaitan, pemegang pas tahunan boleh menyertai pertandingan LEGO Ferrari Build & Race dengan berkongsi ciptaan LEGO Ferrari F50 mereka di Instagram atau TikTok serta menghantar borang penyertaan.

Dua keluarga pemenang masing-masing akan menikmati pengalaman Ferrari eksklusif di Maranello dan Modena, Itali, termasuk lawatan ke muzium Ferrari serta lawatan kilang eksklusif.

Tarikh tutup pertandingan itu dilanjutkan hingga 31 Mac 2027.

Pemegang semua jenis pas tahunan turut ditawarkan diskaun 50 peratus bagi tiket harian untuk membawa seorang rakan, selain diskaun pembelian produk LEGO.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti, tiket dan tawaran boleh diperoleh menerusi laman rasmi serta akaun Facebook dan Instagram LEGOLAND Malaysia Resort.

Intipati
  • LEGOLAND Malaysia Resort bakal menampilkan pertunjukan 500 dron pada ambang Tahun Baharu.
  • BRICK-TACULAR Holidays berlangsung dari 13 November 2026 hingga 3 Januari 2027.
  • Aktiviti termasuk Santa’s Playtown, Elf Carnival, persembahan langsung dan cabutan bertuah harian.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan