Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Laporan: Messi Sudah Bersetuju Terma Peribadi Sertai Manchester City Dengan Perjanjian £623 Juta

Perpindahan saga Lionel Messi ke Manchester City masih hangat diperkatakan seantero dunia. Laporan terbaru menyatakan bahawa Lionel Messi sudah bersetuju dengan terma peribadi £623 juta (RM 3.4 billion) untuk tempoh 5 tahun kontrak, lapor Goal.com.

Ketua Pasukan Argentina itu juga ditawarkan kepentingan ekuiti di dalam City Football Group dan ini bermakna Messi akan berkhidmat tiga tahun bersama Manchester City sebelum berhijrah ke New York City FC untuk beraksi di Liga Amerika Syarikat atau Major Soccer League.

Lionel Messi menyatakan hasrat untuk keluar dari kelab Barcelona selepas hampir dua dekad menabur jasa di kelab tersebut. Hal ini semakin panas rentetan daripada kekalahan teruk 8-2 ke atas Bayern Munich di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Sumber: Goal.com