Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Landasan KKIA Ditutup Sementara Untuk Kerja Pembaikan

kkia
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kredit: Bernama

Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.

Malaysia Airports berkata, Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan berhubung penutupan sementara landasan berkenaan.

Gambar: Malaysia Airports

“Landasan akan dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan dan kerja pembersihan selesai dilaksanakan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Malaysia Airports, penumpang dinasihatkan supaya menyemak status dan perkembangan terkini penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan.

Penumpang juga disarankan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak syarikat penerbangan sebelum meneruskan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Intipati
  • Landasan KKIA ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.
  • Malaysia Airports berkata NOTAM telah dikeluarkan berhubung penutupan sementara landasan berkenaan.
  • Penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan sebelum meneruskan perjalanan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan