Para pemberontak telah membunuh empat anggota keselamatan di selatan Thailand, kawasan yang mempunyai penduduk majoiritinya Muslim.
Jurucakap pasukan keselamatan, Pramote Prom-in menyatakan bahawa dua anggota tentera serta dua orang sukarelawan terbunuh dalam serangan pengeboman dan tembakan di sebuah pusat pemeriksaan di wilayah Pattani semalam (selasa).
Malah Pramote menambah bahawa pihaknya telah menghalang kumpulan pemberontak dari masuk ke kampung tersebut. Dan tragedi tersebut merupakan serangan paling dasyat di kawasan yang dihuni oleh kebanyakkan masyarakat Melayu itu.
Para pemberontak tersebut dikatakan cuba untuk menunjukkan kemarahan mereka. Mereka cuba untuk membela nasib seorang pemuda yang didakwa telah didera dan dicederakan oleh pihak tentera sehingga mengalami pendarahan di bahagian otak.
Berikutan kejadian itu, ia telah menimbulkan kemarahan masyarakat yang lalu menyuarakannya di media sosial. Salah seorang dari mereka menyatakan:
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak berperikemanusiaan pelanggaran berat hak asasi manusia dan kecuaian yang dilakukan semasa proses soal siasat,”
Manakala pihak pasukan keselamatan menyangkal dakwaan terbabit dan menjelaskan bahawa siasatan berkaitan isu berkenaan sedang dijalankan.
Sumber: Reuters
