Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kucing Di Singapura Terima Rumah ‘Mini’ Bagi Berdepan Cuaca Sejuk

Gambar : Mothership

Rumah ada keperluan kehidupan bagi manusia sebagai tempat berteduh dan perlindungan daripada panas mentari ataupun cuaca buruk.

Satu perkongsian menarik yang diunggah daripada satu komuniti Singapura di dalam kumpulan facebook bernama Cats ans Kittens of Singapore apabila mereka menciptakan satu rumah mini khas yang diperbuat daripada cardboard terpakai untuk kucing berikutan musim sejuk yang melanda baru-baru ini.

Di dalan kiriman tersebut terlihat seekor kucing berwarna kelabu hitam berada di hadapan rumah mininya dan tertulis perkataan ‘Meow’ di atas pintu masuk rumah itu.

Gambar : Mothership

Kucing itu juga akan berada di dalam rumah pada waktu malam dan seakan mendapatkan kehangatan untuknya.

Gambar : Mothership

Manakala di sisi lain pula, terdapat lukisan kucing yang berada di sebelah kanan rumah mini itu.

Pengguna Facebook yang lain juga dilihat berkongsikan rumah mini yang diciptakan oleh mereka di ruangan komen.

Gambar : Mothership

Difahamkan, inisiatif yang dilakukan masyarakat itu adalah untuk melindungi kucing-kucing di kawasan kejiranan yang diilhamkan oleh kisah yang baru berlaku baru-baru ini mengenai seorang wanita di Hougang yang mengeringkan seekor kucing yang kebasahan, menyelimutkan kucing itu meletakkannya ke dalam kotak bersama tuala.

Gambar : Mothership

Sumber : Mothership