Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPM Umum Cuti Tambahan Sempena Deepavali

cuti deepavali
Kredit: Bernama

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan bersempena Hari Deepavali menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026, tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Pemberian cuti tambahan berkenaan adalah untuk memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan pelajar bersempena cuti perayaan Hari Deepavali.

Cuti Deepavali

Bagi Kumpulan A melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, akan diberikan cuti tambahan pada 9 November 2026 (Isnin) sahaja.

Sementara Kumpulan B pula melibatkan negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diberikan cuti tambahan satu hari pada 10 November 2026 (Selasa) kecuali Sarawak.

Ini bermakna sekolah Kumpulan B berkenaan bercuti pada 9 dan 10 November, namun hanya 10 November merupakan cuti tambahan KPM, manakala 9 November ialah cuti ganti perayaan.

Manakala Negeri Sarawak hanya diberikan cuti pada 9 November 2026 (Isnin).

Sumber:KPM
Intipati
  • KPM mengumumkan cuti tambahan Deepavali menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026.
  • Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, dengan cuti pada 9 November sahaja.
  • Kumpulan B mendapat cuti 9 dan 10 November, manakala Sarawak hanya 9 November.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan