Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 Rai 10 Tahun Program AIA Vitality

Syamimi
KONSERT

Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 Rai 10 Tahun Program AIA Vitality

AIA Malaysia hari ini mengumumkan penganjuran Konsert AIA Generasi Malaysia 2026, sebuah konsert berskala besar yang bakal menghimpunkan 10,000 rakyat Malaysia merentas generasi bagi meraikan ulang tahun ke-10 AIA Vitality serta komitmen AIA dalam membantu rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Konsert ini akan berlangsung pada Ahad, 20 September 2026, jam 8.30 malam di Unifi Arena Bukit Jalil dan menampilkan barisan artis Malaysia daripada pelbagai generasi termasuk Michael Wong 光良 , Ernie Zakri, 3P, MimiFly dan K-Town Clan.

Menggabungkan genre pop, balada dan hip-hop, artis-artis ini mewakili suara, era dan aliran berbeza dalam industri muzik tempatan yang disatukan di satu pentas untuk mencipta pengalaman dan persembahan muzik secara langsung yang unik dan merentas generasi.

Berteraskan semangat AIA Generasi Malaysia, konsert ini mencerminkan kepercayaan AIA bahawa kesejahteraan bukan sekadar kesihatan fizikal semata-mata, malah merangkumi hubungan bermakna, kegembiraan yang dikongsi bersama serta pengalaman yang menyatukan masyarakat.

Konsert ini turut dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia yang meraikan kekayaan identiti budaya negara dengan menyatukan pelbagai suara, genre dan generasi di satu pentas sekali gus melambangkan perjalanan bersama rakyat Malaysia serta komitmen kolektif ke arah kesejahteraan yang lebih baik untuk hari ini dan generasi akan datang.

Chai Tze Siang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia berkata, “Sepanjang sedekad lalu, AIA Vitality telah menyokong rakyat Malaysia dalam mengambil langkah praktikal, setiap hari ke arah kesihatan yang lebih baik. Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 menzahirkan falsafah yang sama bahawa impak berpanjangan terhasil melalui pengalaman yang bermakna, usaha dan tindakan yang konsisten serta komuniti yang kukuh."

"Dengan menyatukan masyarakat melalui muzik, kami meraikan bahawa kehidupan berkualiti bukan sekadar diukur melalui tempoh hayat, tetapi sejauh mana kita menjalani kehidupan dengan sebaiknya, selari dengan usaha berterusan kami untuk membantu rakyat Malaysia membina Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna untuk generasi akan datang.”

Sebagai sebahagian daripada kempen ulang tahun ke-10 AIA Vitality, AIA Malaysia akan turut melaksanakan pelbagai inisiatif digital serta kolaborasi bersama rakan media dan radio yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi tiket konsert dan menjadi sebahagian daripada pengalaman ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Konsert AIA Generasi Malaysia 2026, sila layari https://www.aia.com.my/aiagenerasimalaysia.