Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Komet Gergasi Dipercayai 1000 Kali Ganda Lebih Besar Dari Komet Biasa Dilapor Telah Ditemui

Gambar Hiasan Via Space.com

Satu komet gergasi yang 1000 kali ganda lebih besar daripada komet biasa dilaporkan telah ditemui di dalam sistem suria pada 23 Jun yang lalu.

Menurut Space.com, objek itu yang secara rasminya disebut sebagai Komet C/2014 UN271 atau Bernardinelli-Bernstein yang bersempena nama penemunya, pelajar siswazah, Pedro Bernardinelli dan ahli astronomi, Gary Bernstein.

Mereka menganggarkan bahawa komet yang berais itu mempunyai diameter 62 batu hingga 124 batu (100 hingga 200km), menjadikan ia kira-kira lebih 10 kali ganda lebih lebar daripada komet biasa.

Gambar Via Space.com

Pun begitu, ia hanyalah anggaran kasar kerana komet itu dikatakan berada jauh dari bumi dan ukurannya juga dikira berdasarkan seberapa banyak cahaya matahari yang dipantulkannya.

Komet tersebut dijangka akan menghampiri matahari sekitar tahun 2031 tetapi tetap berada dalam jarak yang jauh dari bumi.

Pertama kali dilihat di dalam gambar arkib dari Dark Energy Survey pada tahun 2014, komet itu kini dikatakan terletak pada jarak yang setara dengan Uranus iaitu kira-kira 20 unit astronomi (AU) dari matahari.

Sumber: Space.com