Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi Dan Kluster Warga Emas Diisytiharkan Tamat – KKM

Berdasarkan maklumat baru yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat dua kluster yang telahpun diisytiharkan tamat.

Dua kluster tersebut terdiri daripada Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi di daerah Hulu Langat yang sebelum ini telah menjangkiti 31 orang termasuk menyebabkan satu kematian.

Kedua adalah Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas) yang terdapat di daerah Klang dan Petaling. Kluster ini telah menjangkiti 36 orang termasuk menyebabkan 5 kematian.

Gambar: KKM

Sumber: KKM