Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kluster Depoh Tahanan Imigresen Semenyih Diisytihar Tamat Hari Ini, Hanya 66 Kes Positif Dicatatkan

Dalam sidang media situasi terkini Covid-19 di Malaysia hari ini melaporkan salah satu kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih telah diisytiharkan tamat.

Menurut Datuk Dr. Noor Hisham, ini adalah kluster yang ke-41 telah diisytiharkan tamat. DTI Semenyih ini terletak di Negeri Selangor dalam daerah Hulu Langat dan telah mencatat 66 kes positif serta tiada rekod kematian.

Hari ini Malaysia hanya mencatat 15 kes baharu Covid-19 termasuk 2 kes import dan 13 kes penularan tempatan. Kesemua 13 kes penularan tempatan itu adalah bukan warganegara Malaysia.

Manakala, 21 kes lagi disahkan sembuh dan dibenarkan discaj pada hari ini. Malaysia mencatat 95.23 peratus kadar kesembuhan menjadikan negara kita antara 51 negara yang mencatat kadar kesembuhan 90% dan ke atas.

Sumber: KKM