Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KLIMS 2026 Kembali Lagi Jun Ini

Azmil
Klims 2026 kembali

KLIMS 2026 Kembali Lagi Jun Ini

Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 kembali lagi menggegarkan dunia automotif negara.

KLIMS edisi ke-11 ini bakal diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MiTEC), Kuala Lumpur dari 12 hingga 23 Jun 2026.

KLIMS 2026 Kembali Lagi di MiTEC KL

Pameran automotif antara terbesar di Malaysia anjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) ini juga menjanjikan pengalaman yang lebih mengujakan.

Antara perkara utama yang menarik adalah masuk percuma dari 15, 16 dan 18 Jun 2026 bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Untuk tiket, sudah boleh mula dibeli sekarang di laman web KLIMS bermula sekarang dengan harga RM30 sahaja, kanak-kanak bawah 12 tahun masuk percuma.

Kepada anda yang mahukan pas tanpa had, ia boleh dibeli dengan harga RM80 dan anda boleh masuk sepanjang pameran berlangsung.

KLIMS kali ini juga ada menjual pas bundle untuk 5 orang dewasa dengan harga RM100, jadi harga tiket jatuh kepada RM20 per tiket.

KLIMS bakal melibatkan 7 dewan pameran bermula dari dewan 2 hingga dewan 8 di MiTEC.

Jenama yang menyertai KLIMS 2026 juga tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah Proton, Perodua, Honda, Toyota, KIA, Zeekr, Mazda,Smart,Jetour dan banyak lagi.

Selain jenama automotif, banyak lagi jenama yang mengambil bahagian seperti Dasher, Ultra Racing, CIMB, Dunlop,Amaron dan banyak lagi,

Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan adalah perhimpunan kelab kereta, DJ Playground, Modified Car Battle,Racing and Flight Simulation, Pocket Talks dan banyak lagi.

Pameran juga akan diserikan dengan persembahan artis tempatan antaranya FUGO, Kyoto Protocol, Adrian Danial dan TY:DEL.

Jom ramai-ramai meriahkan KLIMS 2026 di MiTEC KL dari 12 hingga 23 Jun 2026.