Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KitKat Beri Lebih Banyak Peluang Menang Tiket Formula 1 Malaysia 2026

Selepas sembilan tahun, Formula 1® bakal kembali ke Malaysia apabila FORMULA 1 GULF AIR BAHRAIN GRAND PRIX IN MALAYSIA 2026 berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober 2026.

Menjelang perlumbaan yang dinanti-nantikan itu, KitKat® menawarkan lebih banyak peluang kepada peminat untuk memenangi tiket menerusi pertandingan dalam talian dan siri jelajah promosi di beberapa lokasi terpilih.

Menerusi cabaran wind chamber, peserta perlu membeli sekurang-kurangnya RM80 produk KitKat® dalam satu resit sebelum menguji kepantasan mereka selama 30 saat untuk mengumpul tiket dengan nilai mata berbeza. Peserta dengan markah tertinggi di setiap lokasi berpeluang memenangi tiket Grandstand 3 Hari.

Kempen ini akan berakhir di The Exchange TRX dari 22 hingga 27 September 2026, dengan empat tiket Grandstand 3 Hari untuk dimenangi.

Lebih menarik, bekas pelumba Formula 1® Malaysia, Alex Yoong, serta pelakon Amir Ahnaf akan membuat kemunculan khas pada 27 September.

Bagi yang mahu mencuba nasib secara dalam talian, pertandingan KitKat® kini sedang berlangsung sehingga 20 September 2026. Peserta hanya perlu membeli sekurang-kurangnya RM10 produk KitKat® dan memuat naik resit menerusi laman pertandingan atau WhatsApp.

Formula 1® kembali ke Malaysia buat kali pertama sejak 2017, menjadikan perlumbaan tahun ini peluang untuk peminat lama menyaksikan semula aksi Formula 1® di laman sendiri, selain memperkenalkan pengalaman itu kepada generasi baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan, produk terlibat dan lokasi roadshow, peminat boleh merujuk laman rasmi KitKat Malaysia.