Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Harga emas dilaporkan telah melonjak melebihi $2,000 (RM8,359) satu auns berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk aset komoditi selamat apabila pelabur mempertimbangkan kesan geopolitik dan ekonomi yang akan berlaku daripada krisis Ukraine dan Rusia.
Memetik laporan Bloomberg, bullion (kebiasaannya dalam bentuk jongkong emas dan syiling) melonjakkan keuntungan selepas mencatatkan pendahuluan mingguan terbesarnya sejak Julai 2020.
Ia berlaku di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penalti terhadap Rusia yang dikatakan boleh mengurangkan pertumbuhan global dan seterusnya mencetuskan inflasi.
Menurut laporan, gangguan kepada bekalan bijirin, tenaga dan logam menambah kepada tekanan harga dan dalam masa yang sama Rizab Persekutuan sedang bersedia untuk menaikkan kadar faedah.
Niaga hadapan emas meningkat sebanyak 2% kepada $2,005.20 (RM8,380) satu auns, sebelum didagangkan pada $2,002.40 (RM8,369) pada jam 9.53 pagi waktu Singapura. Harga naik 4.2% minggu lepas.
Maklumat lanjut akan menyusul
Sumber: Bloomberg