Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kereta Terbabas, Terjunam Atas Bumbung Rumah Di Kuala Pilah

BERNAMA
Kereta Terbabas
Kredit: IPD Kuala Pilah

Kereta Terbabas, Terjunam Atas Bumbung Rumah Di Kuala Pilah

KUALA PILAH, 29 Mei (Bernama) -- Sebuah kereta didapati hilang kawalan sebelum terjunam ke atas bumbung sebuah rumah di kaki bukit dekat Jalan Kampung Tanjung Bachang, Seri Menanti, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Muhamad Mustafah Hussin berkata dua penumpang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah, manakala pemandu berusia 63 tahun serta seorang lagi penumpang tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati kereta tersebut dari arah Seri Menanti menuju ke Seremban, pemandu tersebut telah hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh ke bumbung sebuah rumah yang berada di bawah bukit.

“Ketika kejadian berlaku, penyewa rumah tersebut tiada di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan siasatan lanjut masih diteruskan.