Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang menunjukkan pelawak dan pelakon terkenal, Johan sanggup berhenti untuk membantu satu keluarga dalam kesusahan akibat kereta rosak baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai.
Difahamkan, keluarga ini ketika itu dalam perjalanan pulang daripada Chowkit sebelum kereta yang dinaiki tiba-tiba mengalami kerosakan di tepi jalan. Dalam keadaan kelam kabut mencari pertolongan, muncul sebuah kereta putih berhampiran mereka dan tidak menduga bahawa insan yang baik hati mahu membantu itu sebenarnya adalah Johan.

“Dia bertanyakan kepada encik suami, kenapa? Encik suami tercengang sekejap kerana tidak menyangka soalan tersebut daripada Johan Rajalawak.”
Kata Nor Akmar lagi, suaminya masih terkejut dan kaku menjawab soalan-soalan daripada pelawak terkenal itu. Mana taknya, siapa yang tak terkejut apabila dalam kesusahan tiba-tiba ada insan terkenal dan baik hati menghulurkan pertolongan, kan.
Ujarnya, Johan bukan sahaja sudi membantu mereka menyelesaikan masalah kereta malah pelawak tersebut juga menghulurkan sedikit duit raya kepada anak-anak mereka ini.

Benar kata orang, beliau memang baik hati sebab itu rezekinya murah. Beliau tidak kedekut dan berkira dengan semua orang. Mungkin beliau pernah merasai semua perkara ini sebelum nama beliau meningkat naik.
Menjengah di ruangan komen, ada beberapa warganet mengakui sifat budi pekerti pelawak tersohor Malaysia ini. Tak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman bertembung dengan selebriti ini dan mengakui kebenaran sifatnya pemurah. Bukan itu sahaja, ramai yang meninggalkan komen yang positif dan terselit doa buat keluarga selebriti ini.





Sumber: Nor Akmar Qaseh