Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2026/2027 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Mei 2026.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa keputusan itu boleh disemak mulai 22 Mei, Jam 12 tengah hari hingga 31 Mei, jam 5 petang.
Ia boleh disemak Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my, aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar dan Aplikasi Mobile MyGov di telefon pintar.
Menurut KPT, Pengesahan setuju terima tawaran akan bermula pada 23 hingga 31 Mei 2026 di laman web UA, IPTA dan MARA BPT.
Manakala, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan UA, IPTA dan MARA BPT kepada yang berjaya mulai 23 Mei setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
"Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 22 Mei, jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mei, jam 5.00 petang.
"Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline," katanya.
Tambah kenyataan itu lagi, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian UA, IPTA dan MARA BPT tidak dibenarkan.
Dasar pemilihan rayuan pula adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 562000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Anda juga boleh menghubungi 03-8684 2363 atau emel [email protected].
Selain itu, ikuti juga BKPA UPU di Facebook dan Instagram, serta BKPAUPU di TikTok.