Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kegagalan kontinjen Malaysia dalam mencapai sasaran pungutan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Filipina tempoh hari perlu dikaji serta dijadikan pengajaran oleh semua pihak yang terlibat.
Sungguhpun begitu, kudrat serta pengorbanan atlet Malaysia dalam cubaan merealisasikan sasaran tersebut seharusnya disanjung tinggi dan dipuji oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ini kerana, ada diantara atlet-atlet ini yang sanggup mengenepikan kesakitan dan kecederaan yang dialami mereka untuk mengharumkan nama negara.
Bukan itu sahaja, malahan ada juga dalam kalangan atlet-atlet ini yang turut sanggup mengeluarkan perbelanjaan mereka sendiri bernilai ribuan ringgit demi memperjuangkan nama Malaysia di temasya dwi tahunan tersebut.
Walaupun begitu, menurut Persatuan Sukan Larian Berhalangan Malaysia dalam satu Tweet yang dimuat naik menerusi akaun Twitter rasminya, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menyatakan bahawa 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa yang berjaya dimenangi atlet menerusi acara tersebut adalah sesuatu yang membazir.
Perkara sebegini tidak seharusnya diucapkan kepada atlet-atlet Malaysia yang telah memperjuangkan bendera Malaysia di temasya tersebut kerana kita tidak tahu apa yang mereka telah lalui demi memperjuangkan nama Malaysia.
Susulan daripada Tweet tersebut, netizen di media sosial yang menghargai jasa atlet Malaysia itu memberikan reaksi yang sebaliknya.
Antara tweet-tweet yang dapat dilihat adalah seperti berikut:




Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menyokong setiap perjuangan yang dilakukan tidak kisahlah daripada atlet, tentera mahupun sesiapa sahaja yang memperjuangkan nama dan bendera negara Malaysia.
Ini kerana, setiap perjuangan yang dilakukan itu, setiap keringat serta kudrat yang disumbangkan itu, semuanya adalah untuk tanah air kita juga.
Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengubah sikap negatif ini agar ianya tidak berlaku lagi di masa yang akan datang.