Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kejayaan Luar Biasa, Pendaki Malaysia Berjaya Tawan Puncak Everest

Athirah
Pendaki Malaysia
Kredit: Khafiz Al Kicok & AltiPro Adventures via Facebook

Kejayaan Luar Biasa, Pendaki Malaysia Berjaya Tawan Puncak Everest

Bagi penggemar aktiviti lasak seperti pendakian gunung, menjejakkan kaki ke puncak tertinggi dunia, Gunung Everest sering menjadi impian yang paling tinggi dalam senarai setiap pendaki.

Ia bukan sekadar sebuah cabaran fizikal, tetapi juga ujian ketahanan mental, emosi dan semangat juang seseorang dalam menempuh keadaan ekstrem di 'bumbung dunia' yang ketinggiannya mencecah lebih 8,800 meter dari paras laut.

Namun, di sebalik keindahan salji abadi dan pemandangan memukau di laluan pendakian, Everest juga dikenali sebagai antara laluan paling berbahaya di dunia.

Pendaki dari Malaysia telah berjaya tawan puncak Everest

Seorang pendaki tempatan telah berjaya menawan puncak Gunung Everest pada 18 Mei sempena Ekspedisi Musim Bunga 2026.

Menerusi hantaran AltiPro Adventures di Facebook, individu yang dikenali sebagai Mohd Khafiz Bachok merupakan antara pendaki Malaysia yang berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest.

Beliau dilaporkan tiba di puncak pada jam 2.25 pagi (waktu tempatan) bersama pendaki dari Mongolia dan Nepal dengan bantuan sherpa berpengalaman.

Kredit: Khafiz Al Kicok via Facebook

Sementara itu, beberapa pendaki dari Australia dan Nepal pula berjaya sampai ke puncak pada jam 2.35 pagi selepas melengkapkan pendakian akhir yang telah dirancang rapi dalam keadaan cuaca yang ekstrem.

Kesemua pendaki bersama pasukan sherpa kini sedang dalam perjalanan turun ke Base Camp, dengan pihak syarikat menegaskan bahawa kejayaan sampai ke puncak hanyalah separuh daripada keseluruhan cabaran pendakian.

Persiapan rapi bawa kejayaan ekspedisi Everest

Menurut AltiPro Adventures lagi, ekspedisi Everest yang berjaya ini mencerminkan persiapan berbulan-bulan, proses aklimatisasi, perancangan laluan, strategi cuaca, kerja berpasukan serta ketabahan yang tidak berbelah bahagi dalam menghadapi cabaran medan altitud tinggi di pergunungan Himalaya.

"Sebagai musim Everest pertama bagi Altipro Adventures, pihak kami telah memberikan usaha terbaik bagi memastikan ekspedisi ini berjalan dengan selamat, berjaya dan diurus secara profesional

"Kejayaan tiba di puncak hari ini menjadi bukti kukuh kepada komitmen tersebut

"Tahniah dan penghargaan ditujukan kepada semua pendaki serta pasukan Sherpa yang hebat, atas keberanian, daya tahan dan kepakaran mereka di pergunungan yang telah menjadikan pencapaian ini satu kenyataan," kata hantaran itu lagi.

Sumber:Facebook