Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keadaan Masih Aman, PDRM Siap Sedia Pantau Perkembangan Politik – Ketua Polis Negara

Gambar : Bernama

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau perkembangan politik tanah air di negara ini.

Iklan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata PDRM sentiasa bersiap-sedia untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara ini.

Beliau berkata, semua pihak dan orang ramai perlu menghayati dan menghormati sepenuhnya proses demokrasi negara ini.

“Ini adalah untuk memastikan agar hak pelbagai kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan dijaga sebaik-baiknya.

“Keamanan serta ketenteraman dalam negara amat penting dipelihara setiap masa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ditanya mengenai keadaan keselamatan negara ketika ini, beliau berkata setakat ini keadaan seluruh negara aman dan tenteram.

“PDRM sentiasa bersiap-sedia untuk mengekalkan ketenteraman, InsyaAllah,” katanya.

Sumber: Bernama