Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KBS Putuskan Tiada Ganjaran SHAKAM Untuk Ziyad – Ahmad Faizal

Gambar via Bernama

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ganjaran menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) tidak akan diberikan kepada jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, lapor Kosmo.

Menurut Ahmad Faizal, atlet paralimpik itu walaubagaimanapun bakal menerima habuan oleh pihak lain yang tiada kena mengena dengan peruntukan daripada kerajaan. Tambah Ahmad Faizal, pihaknya akan berhubung dengan Ziyad untuk berbincang mengenai ganjaran tersebut.

“Saya akan berhubung dengan Ziyad bagi berbincang mengenai ganjaran berkenaan.

“Ada pihak lain yang ingin memberi tawaran kepada beliau Ziyad kerana melihat kejayaannya pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Ogos lalu itu,” jelas Ahmad Faizal, memetik laporan Kosmo.

Pun begitu, Ahmad Faizal menurut laporan Kosmo enggan mengulas lanjut mengenai ganjaran yang bakal diterima Muhammad Ziyad kecuali atlet tersebut mahu mengumumkannya sendiri.

Kejohanan Paralimpik Tokyo 2020 sempat digemparkan dengan insiden pembatalan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 sumbangan Muhammd Ziyad yang turut mencatatkan rekod baharu dunia dengan lontaran sejauh 17.94 meter.

Muhammad Ziyad diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) dalam acara tersebut susulan protes terhadap jaguh lontar peluru negara itu yang dikatakan lewat melapor di call room sebelum pertandingan dimulai.

Terdahulu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin sempat memohon pertimbangan kerajaan agar memberikan ganjaran sewajarnya kepada Muhammad Ziyad selepas pingat emas yang dimenangi atlet itu di Paralimpik Tokyo 2020 ditarik balik.

Sumber: Kosmo