Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tahap kesihatan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semakin serius selepas kanser prostat yang dihidapinya dilaporkan telah merebak ke luar tulang, lapor CNN News.
Perkara itu didedahkan anaknya, Hunter Biden, dalam satu temu bual bersama BBC.
“Kanser itu telah merebak, bermetastasis ke tulang dan bahagian lain.
“Ia sangat menyakitkan dan dalam banyak aspek, sangat melemahkan," katanya.
Joe Biden, 83, merupakan individu paling berusia pernah berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Terdahulu pada Mei 2025, Biden mendedahkan beliau didiagnosis menghidap kanser prostat dalam bentuk yang agresif, kira-kira empat bulan selepas meninggalkan Rumah Putih.
Ketika itu, beliau memaklumkan kanser berkenaan telah merebak ke tulang.
Hunter Biden berkata diagnosis tersebut memberi kesan yang berat kepada keluarganya.
“Ia benar-benar menyedihkan.
“Satu-satunya perkara yang saya boleh katakan mengenai ayah saya dan keadaan kesihatannya sekarang ialah saya berharap dia lebih banyak mengadu, kerana keadaan ini bukan sesuatu yang baik.” luahnya.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan