Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-Kanak Warga Indonesia Dikhuatiri Lemas Terjatuh Sungai Di Subang Jaya

Dikhuatiri Lemas
Kredit: Bomba Via Bernama

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Persiaran Subang Indah, bersebelahan sebuah pasar raya, di Subang Jaya, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8.06 malam.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 10 minit kemudian.

“Berdasarkan laporan awal Komander Operasi, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira 6.30 petang ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya,” katanya dalam kenyataan.

Ashrul Riezal berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerusi kaedah pencarian di permukaan air kini giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pasukan penyelamat berdepan cabaran dalam operasi itu berikutan keadaan arus sungai yang agak deras.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam turut dipanggil bagi membantu operasi pencarian berkenaan,” katanya.

Intipati
  • Kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas di Subang Jaya.
  • Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika bermain bersama rakan-rakannya petang semalam.
  • Operasi SAR sedang dijalankan, namun pasukan penyelamat berdepan arus sungai agak deras.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan