Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kami Masih Terkejut” Bella Astillah Kongsi Keadaan Syed Saddiq, Minta Batalkan PC Hari Ini

Bella Kongsi Keadaan Syed Saddiq
Kredit: Bella Astillah
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi keadaan tunangnya, Syed Saddiq selepas mereka menerima berita pemergiaan Allahyarhamah Tun Dr Hasmah pada pagi tadi.

Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Bella memaklumkan dirinya dan Syed Saddiq menerima perkhabaran berita itu ketika mereka sedang menjalani penggambaran.

Ujarnya, dia tahu fikiran tunangnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar itu sudah tidak lagi tertumpu kepada penggambaran selepas menerima berita menyayat hati mengenai pemergian Tun Hasmah pagi tadi.

“Kita tengah shoot, tapi saya tahu hati dan minda dia ada di tempat lain selepas mendengar berita sedih pemergian Tun Hasmah pagi ini,” katanya.

Bella Astillah Kongsi Keadaan Syed Saddiq

Pada perkongsian sama, Bella memaklumkan bahawa mereka mempunyai sidang media pada petang ini, namun Syed Saddiq meminta agar ia dibatalkan.

Bella turut berkongsi bahawa mereka masih dalam keadaan terkejut dengan berita pemergian itu.

“Dia tak sanggup untuk teruskan perancangan pada hari ini. Dia minta sidang media pada petang ini dibatalkan.

“Allahuakbar, kami masih dalam keadaan terkejut,” luahnya.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathit Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi ini.

Perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.

Sumber:Instagram
Intipati
  • Bella Astillah berkongsi keadaan Syed Saddiq selepas menerima berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah.
  • Menurut Bella, mereka menerima perkhabaran itu ketika sedang menjalani penggambaran pada pagi tadi.
  • Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan