Apabila disebut sahaja kucing oyen (oren), rata-rata netizen pasti mengetahui sifat nakalnya yang memang mencuit hati dan membuatkan sesiapa sahaja geram.
Namun, kisah kali ini Oyen tampil sebagai hero apabila membantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenalpasti kehadiran ular yang memasuki sebuah kereta.
Menerusi perkongsian oleh seorang gadis di Twitter, kucing tersebut yang tinggal di kawasan perumahannya, sering dilihat berehat di atas kereta.
Difahamkan, ular yang ditangkap itu merupakan spesis ular sawa yang berukuran 1.5 meter panjang seperti saiz seorang dewasa. Fuhh Memnag besar dan panjang!
Sama panjang dengan orang dewasa



Selepas kejadian tersebut, Oyen berada dalam keadaan baik tetapi sedikit trauma. Apa yang melucukan, netizen yang membanjiri ruangan komen turut menyunting gambar Oyen yang dikatakan seperti ‘samseng’ bersama sebatang rokok. Memang lucu!
Oyen dalam keadaan baik, tapi trauma!

Oyen samseng, hisap rokok!




Oyen K9 versi kucing!




Sumber: Twitter @_sysyaaa
