Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jumlah Terkini Kes Covid-19 Di Malaysia Dan Beberapa Negara Dunia

Kredit gambar: Google

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara di dunia pada 10 pagi hari ini.

Di seluruh dunia terdapat 169,597,415 kes COVID-19 disahkan, termasuk 3,530,582 kematian seperti yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Mei.

Sebanyak 1,546,316,352 dos vaksin telah diberikan pada 26 Mei.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Namun, di negara yang mempunyai kadar vaksinasi lebih tinggi termasuk AS dan United Kingdom (UK) telah menunjukkan penurunan dalam kes baharu.

Jadual di bawah menunjukkan status di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.

NEGARA

JUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif)

KES BAHARU (Dalam 24 Jam)

KEMATIAN (Kumulatif)

% PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN

AS

32,916,501

25,091

588,292

39.93 %

INDIA

27,894,800

165,553

325,972

3.08%

BRAZIL

16,391,930

49,768

459,045

10.29%

PERANCIS

5,557,673

10,007

108,543

16.06%

TURKI

5,235,978

7,656

47,271

14.59%

UK

4,480,949

3,240

127,775

36.67%

INDONESIA

1,809,926

6,565

50,262

3.74%

FILIPINA

1,216,582

7,443

20,722

0.94%

MALAYSIA

565,533

6,999

2,729

3.38%

THAILAND

154,307

4,528

1,012

1.57%

SINGAPURA

62,028

25

33

27.63%

VIETNAM

6,908

251

47

0.03%

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

— BERNAMA