Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat, Tiga Lagi PPS Dibuka

banjir kedah
Kredit: Facebook JBPM Kedah

ALOR SETAR, 26 Okt (Bernama) -- Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah susulan peningkatan jumlah mangsa banjir, setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan setakat ini, sebanyak 224 mangsa daripada 74 keluarga dari daerah Yan, Kuala Muda dan Pendang ditempatkan di lima PPS.

Di Yan, tiga PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi yang menempatkan 101 mangsa daripada 29 keluarga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Eng (41 mangsa daripada 21 keluarga) dan Dewan Lestari Guar Chempedak (26 mangsa daripada sembilan keluarga).

Sementara itu, di Kuala Muda, sebanyak 40 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di Surau As Saadiah, manakala di Pendang sebanyak 16 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan KEDA Tanjung Setol.

Laman sesawang rasmi Public Banjir pula memaklumkan tiga stesen di Kedah melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Durian Burung di Durian Burung, Sungai Melaka di Padang Matsirat dan Kampung Padang Pasir.

Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang melepasi tahap waspada, manakala Sungai Pendang di Pendang melepasi tahap amaran.

Hujan berterusan sejak Sabtu lepas menyebabkan beberapa kawasan di Kedah dilanda banjir dan hujan dijangka berterusan hari ini.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Sebanyak 224 mangsa daripada 74 keluarga ditempatkan di lima PPS di Kedah.
  • Daerah Yan merekodkan tiga PPS, termasuk SK Teroi yang menempatkan 101 mangsa.
  • Tiga stesen sungai di Kedah melepasi tahap bahaya, menurut laman Public Banjir.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan