Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Jujur, Rasa Dihargai Banget" - Lelaki Indonesia Berterima Kasih, Akui Malaysia Bijak Dalam Hal Ini

Lelaki Indonesia
Kredit: Bernama

Tidak dinafikan, tinggal di Malaysia memang menjadi impian ramai orang, terutamanya dari luar negara.

Ramai yang melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan sahaja indah dan aman. Malah juga teratur, selesa serta prihatin terhadap rakyatnya.

Dari kemudahan awam yang mesra pengguna, sistem pendidikan yang tersusun, hinggalah kepada program bantuan kerajaan yang menyentuh semua lapisan masyarakat.

Semuanya menjadikan Malaysia sebuah negara yang bukan sekadar maju, tapi juga berjiwa rakyat.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang lelaki Indonesia yang bekerja di Malaysia.

“Terima kasih Malaysia...”

Menerusi hantaran di Threads, pengguna @lee_dy15 meluahkan penghargaan terhadap Malaysia berhubung dasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja asing.

Dia mengakui langkah berkenaan membuatkan dirinya berasa dihargai sebagai seorang perantau di negara ini.

“Jujur, sebagai perantau Indonesia di sini, rasa dihargai banget semenjak Malaysia buat kebijakan KWSP untuk foreigner,” tulisnya.

Menurut lelaki itu, dengan adanya simpanan tersebut membuatkan dia berasa lebih yakin terhadap masa depan serta hasil penat lelahnya bekerja di negara orang.

Malah, dia menyifatkan simpanan itu sebagai suatu jaminan untuk dirinya apabila pulang ke negara asal kelak.

“Berasa masa depan dan keringat kerja di negara orang lebih aman dan ada jaminan pas pulang nanti. Terima kasih Malaysia, this means a lot to us!” kongsinya lagi.

Bersama hantaran tersebut, lelaki berkenaan turut memuat naik tangkap layar akaun KWSP.

Dah 2 Kali Guna Akaun Fleksibel

Dalam nada berseloroh, dia turut berkongsi bahawa dirinya sudah mempunyai pengalaman membuat pengeluaran daripada Akaun 3 sebanyak dua kali.

“Udah ada pengalaman juga keluarin account 3. Dah 2 kali pulak tu,” tulisnya, disertai emoji ketawa.

Bagi seorang perantau, perkara ini sudah tentunya membawa makna tersendiri buat mereka.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seorang lelaki Indonesia menghargai dasar KWSP Malaysia untuk pekerja asing di negara ini.
  • Dia berkata simpanan itu membuatkannya berasa lebih dihargai sebagai perantau Indonesia.
  • Lelaki itu turut berkongsi pengalaman mengeluarkan wang Akaun Fleksibel sebanyak dua kali.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan