Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: Enam Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat

Jerebu Enam Kawasan Di Sarawak
Kredit: Bernama

Jerebu: Enam Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat

KUCHING, 8 Ogos (Bernama) -- Jerebu rentas sempadan di Sarawak menjejaskan enam kawasan dengan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang, berbanding lima kawasan pada pagi tadi.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (153), Samarahan (155), Serian (171), Sri Aman (124), Mukah (115) dan Bintulu (153).

Terdahulu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jerebu rentas sempadan dijangka menjejaskan 19 kawasan dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan corak angin semasa membawa asap dari titik panas di wilayah jiran ke negeri itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kawasan yang dikenal pasti ialah Betong, Bintulu, Daro, Julau, Kanowit, Kuching, Lundu, Marudi, Miri, Mukah, Pakan, Samarahan, Saratok, Serian, Sibu, Simunjan, Song, Sri Aman dan Tatau.

Intipati
  • Enam kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang.
  • Kawasan terjejas ialah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Mukah dan Bintulu.
  • Douglas Uggah Embas berkata 19 kawasan dijangka terjejas dalam beberapa hari akan datang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan