Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jenama wangian dari Singapura, BestPerfume.Store, mengumumkan pelancaran rasminya di Malaysia, sekali gus menandakan langkah pengembangan terbaharu syarikat itu di rantau Asia Tenggara.
Selain memperkenalkan platform dalam talian untuk pelanggan tempatan, syarikat tersebut turut membuka kemudahan operasi khusus di Selangor bagi menyokong penghantaran dan perkhidmatan pelanggan dalam negara.
Menurut Pengasas dan Pewangi BestPerfume.Store, Josh Frost, Malaysia dilihat sebagai destinasi untuk mengembankgan jenama itu berikutan sambutan yang diterima daripada pelanggan tempatan sejak beberapa tahun lalu.
"Kami melihat minat yang semakin meningkat daripada pengguna di sini dan percaya mereka berhak mendapat akses kepada wangian berkualiti tinggi yang tahan lama serta menawarkan nilai yang baik," katanya.
Salah satu ciri yang diketengahkan oleh BestPerfume.Store ialah formulasi wangiannya yang mempunyai kepekatan sehingga 50 peratus.
Menurut syarikat itu, formulasi berkenaan dibangunkan bagi membantu wangian bertahan lebih lama sepanjang hari, khususnya dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia.
Trend pengguna kini menunjukkan ramai yang mencari wangian dengan prestasi lebih tahan lama bagi kegunaan harian, sama ada ketika bekerja, beriadah atau menghadiri acara khas.
Bersempena pelancaran di Malaysia, BestPerfume.Store memperkenalkan lebih 300 pilihan wangian yang direka untuk memenuhi pelbagai personaliti, cita rasa dan situasi.
Berbeza dengan sesetengah jenama lain di pasaran, BestPerfume.Store mengendalikan keseluruhan proses secara dalaman, bermula daripada formulasi produk sehingga penghantaran kepada pelanggan.
Pendekatan itu membolehkan syarikat mengekalkan kawalan kualiti yang lebih ketat dan memastikan konsistensi produk yang ditawarkan.
Semua wangian mereka turut dibangunkan mengikut piawaian International Fragrance Association (IFRA), yang menetapkan standard keselamatan bagi industri wangian di peringkat antarabangsa.
Setiap pesanan dilengkapi dengan sistem penjejakan masa nyata, selain menawarkan pelbagai pilihan pembayaran termasuk kad kredit, dompet digital dan kemudahan bayaran ansuran.
BestPerfume.Store juga menyediakan program ganjaran pelanggan yang membolehkan pengguna mengumpul mata bagi setiap pembelian yang dibuat.
Keseluruhan koleksi BestPerfume.Store kini boleh didapati melalui laman web rasmi syarikat.