Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jemaah Disaran Beri Tumpuan Penuh Kepada Ibadat, Patuhi Peraturan

Sofea
Jemaah Disaran Beri Tumpuan

Jemaah Disaran Beri Tumpuan Penuh Kepada Ibadat, Patuhi Peraturan

Semua jemaah Malaysia diingatkan untuk memberi tumpuan penuh kepada ibadat, bersolat jemaah dan perbanyakkan amalan-amalan sunat menjelang kemuncak ibadat haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata jemaah juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi termasuk pemakaian Kad Nusuk dan gelang pengenalan diri.

"Elakkan diri dari terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti perhimpuan atau membuat rakaman video atau kandungan sensitif di tempat-tempat yang dilarang," ujarnya dalam satu sidang media di Bilik Bunga Raya, Abraj Al Tayseer pada Selasa.

Dalam sidang media itu, beliau turut memaklumkan penerbangan terakhir dijangka akan tiba pada Rabu sekitar jam 9.10 malam.

"Alhamdulillah, setakat ini, sebanyak 99 penerbangan sewa khas disediakan melalui AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines daripada KLIA telah selamat tiba di Lapangan Terbang Madinah dan Jeddah.

""Dengan ketibaan penerbangan terakhir esok (Rabu) menandakan keseluruhan 100 penerbangan telah selamat mendarat dan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji untuk tahun ini," katanya.

Zullkifli berkata Tabung Haji kekal konsisten melaksanakan penambahbaikan berterusan demi untuk kesejahteraan dan kebajikan jemaah Malaysia.

Menurutnya, penambahbaikan bermula daripada proses sebelum jemaah ke Tanah Suci lagi di mana bakal-bakal jemaah diberikan peringatan awal untuk hadir ke Kursus Asas Haji seawal dua tahun sebelum tahun giliran bagi melengkapkan ilmu ibadah haji.

"Peringatan awal bagi bakal jemaah haji tahun 2026 diberikan seawal bulan Ogos tahun 2025 tentang persediaan musim haji, dari sudut kesihatan, kewangan dan ilmu yang berkaitan.

"Tabung Haji juga telah mengeluarkan surat tawaran haji lebih awal pada musim haji ini iaitu pada Oktober 2025, berbanding musim haji 1446H yang lalu.

"Selain itu, bagi membantu memenuhi syarat istito’ah kesihatan di kalangan jemaah, Tabung Haji melancarkan kempen aktiviti kesihatan Thoriq Ya Hajj dan pengenalan modul kesihatan yang ditambahbaik semasa Kursus Insentif Haji.

"Atas pelbagai usaha Tabung Haji, kadar penangguhan tawaran haji berjaya diturunkan kepada 18% daripada 50% pada tahun sebelumnya," katanya.