Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Tidak dapat disangkalkan lagi kemenangan 2-0 yang dicapai oleh Harimau Malaya menewaskan Garuda dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 semalam di Stadium Bukit Jalil menjadi tonggak kebanggaan seluruh rakyat Malaysia atas pencapaian tersebut.
Namun, apa yang menarik perhatian peminat bola sepak Tanah Air selain semangat yang ditonjolkan oleh pemain ialah baju jersi Khairul Fahmi yang didakwa diguna pakai semula oleh penjaga gol Farizal Marlias pada malam tadi.
Hakikatnya, foto tersebut menjadi tular di laman sosial media kerana beliau sebenarnya memakai jersi Khairul Fahmi di dalam malah ia dikatakan membawa semangat itu bersama-sama.
Kita semua tahu, Khairul Fahmi atau lebih Apek adalah penjaga gol yang berkaliber dengan kerjayanya serta membawa Malaysia pada satu peringkat yang lebih tinggi.







Sumber: Twitter