Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jangan Semberono Kritik Sesama Parti Komponen PN - Takiyuddin
Semua pimpinan dan ahli parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) diingatkan untuk tidak membuat sebarang kritikan yang tidak wajar secara semberono sesama komponen yang lain sama ada melalui media mahupun sebarang saluran lain.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebarang ketidakpuasan hati haruslah disalurkan kepada saluran parti masing- masing yang kemudiannya akan dibawa, dibincangkan dan diputuskan secara musyawarah di dalam PN.
Tambahnya, segala masalah dalaman parti pastinya akan diurus dan dikendalikan secara dalaman dengan lebih berkesan, bijaksana dan positif lagi.
"PN menerusi kepimpinannya kini akan menumpukan segala usaha dan tenaga kepada isu yang lebih besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi miliknya.