Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jangan Menswastakan Tanggungjawab Didik Anak Kepada Guru” - Asyraf Wajdi

ANAK
Kredit: Bernama

Ibu bapa tidak seharusnya mempunyai mentaliti ‘menswastakan’ sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rumah tetap menjadi madrasah pertama dalam membentuk peribadi dan jati diri anak-anak.

Menurutnya, penggunaan gajet juga tidak wajar dijadikan pengganti kepada kasih sayang, perhatian serta komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak.

“Jangan sesekali bermentaliti ‘menswastakan’ tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan sekolah.

“Jangan pula gajet dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Beliau berkata, karakter anak-anak banyak dipengaruhi oleh didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai dalam kehidupan seharian.

“Rumah tetap madrasah pertama pembentukan peribadi anak-anak. Akhirnya karakter mereka banyak mencerminkan didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai daripada kita.

“Paling utama, agama tetap menjadi akar penting pembentukan jati diri anak-anak,” katanya.

Intipati
  • Asyraf Wajdi mengingatkan ibu bapa tidak menyerahkan sepenuhnya pendidikan anak kepada sekolah.
  • Beliau berkata rumah kekal madrasah pertama dalam membentuk peribadi dan jati diri anak.
  • Menurutnya, gajet tidak wajar menggantikan kasih sayang, perhatian dan komunikasi ibu bapa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan