Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jangan Letak Roti Je, Rupanya "Peanut Butter" Antara Umpan Tikus Paling Berkesan
Sejak kebelakangan ini, masyarakat mula mengambil serius isu tikus di kawasan rumah dan persekitaran selepas timbul kebimbangan mengenai penularan Hantavirus.
Situasi itu membuatkan ramai cuba pelbagai cara untuk mengawal dan menangkap tikus.
Kebiasaannya, roti sering dijadikan pilihan utama sebagai umpan.
Namun sebenarnya, terdapat beberapa jenis makanan lain yang dikatakan lebih efektif untuk menarik perhatian tikus masuk ke dalam perangkap.
Kali ini, SK ingin kongsikan penjelasan tentang mengapa "peanut butter" sesuai dijadikan umpan tikus daripada Public Health Malaysia.
Kalau rumah mula ada bunyi berlari atas siling, belakang kabinet atau dekat tong sampah, jangan tunggu sampai najis tikus mula bersepah baru panik.
Kalau anda jenis tak mahu guna racun kerana risau tikus mati tersembunyi sampai satu rumah berbau, pilihan yang lebih terkawal ialah live trap atau perangkap sangkar hidup.
Ia lebih bersih, boleh dipantau, dan anda nampak terus sama ada perangkap menjadi atau tidak.
Pilih perangkap sangkar yang kukuh, saiz sesuai dengan tikus rumah, dan pintunya sensitif bila tikus masuk.
Untuk umpan, jangan fikir roti sahaja.
Cuba guna peanut butter, ikan bilis, makanan kucing, serunding, atau roti yang disapu sedikit mentega kacang.

Umpan yang berbau kuat selalunya lebih cepat menarik perhatian tikus.
Letak perangkap di tempat tikus memang lalu, bukan di tengah rumah.
Fokus pada tepi dinding, belakang peti sejuk, bawah sinki, belakang tong sampah, stor, atau laluan gelap yang ada kesan najis.
Tikus suka bergerak ikut tepi dan kawasan terlindung.
Kalau berjaya tangkap, jangan pegang tikus atau sangkar dengan tangan kosong.
Pakai sarung tangan, tutup sangkar dengan kain, dan urus segera.
Jangan biarkan tikus hidup lama dalam sangkar sampai mati, berbau, atau menarik lalat.
Jangan lepaskan semula dekat rumah, longkang belakang rumah, kawasan jiran, kedai makan, pasar atau tempat awam. Itu cuma pindahkan masalah kepada orang lain.
Lepas itu, cari punca tikus masuk.
Tutup lubang, simpan makanan dalam bekas bertutup, jangan biar sisa makanan terbuka, dan kemaskan kawasan belakang rumah.
Kalau makanan dan laluan tikus masih ada, yang pergi seekor, yang datang ganti boleh jadi tiga ekor.
