Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JAIS Tetap Hargai Guru, Sambut Hari Guru Peringkat Negeri 21 Mei Ini

Iqbal Yasir
JAIS Tetap Hargai Guru
Kredit; Bernama

JAIS Tetap Hargai Guru, Sambut Hari Guru Peringkat Negeri 21 Mei Ini

SHAH ALAM -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan sentiasa dan sangat menghargai jasa serta sumbangan para guru JAIS dalam mendidik pelajar-pelajar di bawah kelolaannya.

Pengarah JAIS, Dato Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan berkata Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor akan diadakan pada 21 Mei 2026 sebagai pengiktirafan besar dalam menghargai dan mengenang jasa para guru.

JAIS Tetap Hargai Guru

"Majlis yang diadakan akan mengiktiraf sumbangan guru dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai kategori dengan kos melebihi RM200,000.00 daripada peruntukan MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor yang akan diberikan kepada tokoh guru dan sekolah cemerlang yang dipilih dalam bentuk tunai atau geran," katanya.

Kenyataan dimuat naik susulan satu kenyataan pada 7 Mei lalu menetapkan semua sekolah di bawah pentadbiran JAIS tidak dibenarkan mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah dan daerah.

"Selain seperti mana dinyatakan dalam surat edaran mengenai keutamaan memanfaatkan sumber kewangan kepada peningkatan profesionalisme guru dan pelaksanaan program peningkatan kualiti dan sahsiah pelajar.

"Ketetapan mengenai Sambutan Hari Guru di peringkat sekolah dan daerah pada tahun 2026 yang dibuat juga selaras dengan saranan kerajaan untuk rakyat melakukan perbelanjaan berhemah, bijak dan meminimumkan penggunaan bahan tenaga dalam menghadapi situasi geopolitik semasa yang tidak menentu dan berkemungkinan menjadi lebih buruk.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor turut menitahkan agar rakyat jelata di Negeri Selangor melakukan perbelanjaan mengikut keperluan dan keutamaan, berhemah serta bijaksana.

"JAIS juga membuat keputusan ini berikutan wujudnya kesan kepada ibu bapa atau penjaga yang menjadi tradisi menyediakan hadiah-hadiah tertentu kepada guru atas permintaan anak-anak.

"JAIS melihat perkara ini perlu dihentikan dalam keadaan sekarang kerana ia memberi kesan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga.," maklum kenyataan itu.

Tambah Mohd Shahzihan, JAIS akan mempertimbangkan untuk Sambutan Hari Guru dibuat semula di peringkat sekolah dan daerah apabila keadaan kembali seperti sedia kala.

"Beberapa perkara dalam pelaksanaan Sambutan Hari Guru juga akan dinilai semula atau dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu melibatkan masa sambutan yang tidak mengganggu jadual dan proses pembelajaran dalam kelas, serta tentatif yang ringkas dan selaras untuk diguna pakai oleh semua sekolah di bawah seliaan JAIS," katanya lagi.