Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jadi ‘Bendera Manusia’ Berlari Di Australia, Syahidan Pecah Rekod Dunia Catat Larian Terpantas

Pelari maraton Malaysia, Mohd. Syahidan Alias, 31 berjaya memecahkan rekod dunia di Australia semalam dengan rekod selama 2 jam 54 minit untuk 42km jarak larian. Catatan tersebut merupakan yang paling pantas daripada rekod larian sebelumnya iaitu 3 jam 29 minit.

Kejayaan Syahidan membuatkannya mendapat pengiktirafan Guinness World Record sekaligus menjadikannya pelari dari Malaysia terpantas di Festival Larian Sydney Australia semalam.

Turut membanggakan apabila beliau berlari dengan pakaian Jalur Gemilang direka khas oleh pereka tempatan yang seperti menyerupai ‘bendera manusia’.