KUALA LUMPUR, 20 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan (SURIGAE) yang berada di kedudukan 1,401 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.
Iklan
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kedudukan taufan itu kira-kira 522 km ke tenggara Luzon, Filipina.
Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11 pagi, angin taufan tersebut bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 6 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin boleh mencapai maksimum 176 km/j.
MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan taufan itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia.
— BERNAMA