Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

IZIPIZI Tampil Dengan Koleksi AW26 Morning Express, Temani Kesibukan Waktu Pagi

Bangun pagi, siapkan anak ke sekolah, capai kopi sebelum keluar rumah, semak telefon dan kemudian bergegas ke tempat kerja. Bagi kebanyakan orang, kesibukan waktu pagi sememangnya sudah menjadi rutin harian.

Melihat kepada rutin tersebut, jenama kaca mata dari Paris, IZIPIZI, memperkenalkan koleksi Musim Luruh Musim Sejuk 2026 (AW26) yang diberi nama Morning Express, dengan mengetengahkan konsep “Rush with style”.

Koleksi berkenaan diinspirasikan daripada kesibukan dan pergerakan yang berlaku setiap pagi, termasuk perjalanan ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau sekadar mencari sedikit masa untuk membaca sebelum memulakan hari.

Menariknya, Morning Express menghimpunkan rangkaian Reading, Sun dan Child, sekali gus menawarkan pilihan kaca mata untuk pelbagai rutin dan peringkat usia.

Bagi rangkaian Reading, harganya bermula daripada RM229 hingga RM269 dan direka untuk menemani aktiviti membaca, sama ada membaca buku, menggunakan telefon atau menikmati bacaan ringkas pada waktu pagi.

Sementara itu, rangkaian Sun ditawarkan pada harga RM269 hingga RM299, dengan rekaan ringan yang sesuai untuk aktiviti di luar.

Untuk si kecil pula, rangkaian Child ditawarkan pada harga RM189 dan direka untuk digunakan sepanjang aktiviti harian, daripada ke sekolah sehingga bermain di taman.

Koleksi ini turut memperkenalkan ECHO, rekaan baharu berinspirasikan bentuk panto dengan garisan yang lembut tetapi tetap menyerlah, selain saiz yang sedikit lebih besar untuk memberikan penampilan yang lebih moden dan versatil.

Dari segi warna pula, Morning Express mengambil inspirasi daripada suasana bandar dan detik-detik awal pagi.

Antaranya ialah Dark Expresso yang memberikan tona hangat, Blue Line yang lebih bertenaga, Morning Ray dengan sentuhan ceria serta Urban Steel yang tampil lebih minimal dan bersahaja.

Menurut IZIPIZI, kesibukan waktu pagi mungkin sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun ia tidak bermakna seseorang perlu mengetepikan gaya.

Melalui Morning Express, IZIPIZI meraikan rutin harian yang pantas, perjalanan singkat dan pelbagai perkara tidak dijangka yang menjadikan setiap pagi berbeza.

Koleksi IZIPIZI AW26 Morning Express kini boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM189.

Ia boleh didapati di kiosk IZIPIZI di Pavilion Kuala Lumpur, Aras 5, Lot P52, serta SEIBU TRX, Aras 2 di dalam ANTE Shop.