Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Istiadat Pengebumian Pembesar Negara Untuk Tun Dr Siti Hasmah - PM Anwar

Istiadat Pengebumian Pembesar Negara
Kredit: Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan diberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebagai penghormatan terhadap jasa dan sumbangannya kepada negara.

Istiadat Pengebumian Pembesar Negara Untuk Tun Dr Siti Hasmah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu pengurusan serta memberikan taraf istiadat berkenaan kepada Allahyarhamah.

“Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi tadi.

“Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut menzahirkan ingatan dan doa kepada suami Allahyarhamah, Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan itu.

“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhumah, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

“Al-Fatihah,” katanya.

Tun Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini. Pemergiannya disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Intipati
  • Tun Dr Siti Hasmah akan diberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
  • Anwar mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera membantu pengurusan istiadat.
  • Tun Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan