Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ismail Sahkan Keputusan Exco Negeri Sembilan Berhubung Kedudukan Tuanku Muhriz

ISMAIL
Kredit: Bernama

SEREMBAN, 17 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim hari ini mengesahkan kenyataan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri seperti dilaporkan semalam berhubung kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Ismail berkata Surat Cara Proklamasi telah dibincangkan dan diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Exco Kerajaan Negeri dalam mesyuarat pada Selasa lepas.

“Proses pewartaan sudah pun Exco minta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meneruskan pewartaan dengan mengikut peraturan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Yayasan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Media semalam melaporkan Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan kolektif bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan adalah sah.

Menerusi satu kenyataan, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan yang bersidang pada Selasa dan dipengerusikan Ismail.

-- BERNAMA