Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Islam Makhachev Juara Baharu Welterweight
Islam Makhachev mengukuhkan statusnya sebagai antara petarung terhebat dalam sejarah UFC selepas meraih kemenangan dominan ke atas Jack Della Maddalena.
Kemenangan itu sekali gus membolehkannya merampas gelaran welterweight di UFC 322 yang berlangsung di Madison Square Garden, Sabtu lalu.
Makhachev, yang kini memegang rekod 28-1, menunjukkan kawalan penuh sepanjang hampir 25 minit pertarungan. Dalam lima pusingan itu, beliau terus menekan Della Maddalena dengan serangan di lantai serta beberapa percubaan kuncian.
Ketika pertarungan berlangsung secara berdiri, Makhachev tetap berjaya menutup ruang dan menafikan kelebihan lawannya yang berusia 29 tahun dari Australia itu, yang buat pertama kali tampil mempertahankan gelaran welterweight.
Kemenangan tersebut diperoleh melalui keputusan sebulat suara dengan markah 50-45, 50-45 dan 50-45.
Sebelum ini, Makhachev memegang rekod pertahanan gelaran lightweight terbanyak (empat kali). Dengan kejayaan baharu ini, beliau menjadi petarung ke-11 dalam sejarah UFC yang berjaya merangkul kejuaraan dalam dua divisyen berbeza.
Anak jati Dagestan itu turut menyamai rekod legenda UFC, Anderson Silva, dengan 16 kemenangan berturut-turut.
“Ini adalah impian sepanjang hidup saya. Saya sangat gembira. Saya bekerja keras untuk saat ini,” katanya selepas pertarungan.
Della Maddalena, yang menang lapan pertarungan UFC sejak debut pada 2022, akhirnya tewas buat pertama kali sejak dua kekalahan awal dalam karier profesionalnya pada 2016.
Walaupun tidak menyebut nama lawan seterusnya, Makhachev menyatakan hasrat untuk bertarung dalam acara UFC yang dicadangkan berlangsung di halaman Rumah Putih pada Jun nanti.
“Buka pintu Rumah Putih, saya datang,” katanya berseloroh.
BACA: Pearly Tan-M.Thinaah Muncul Juara Masters Jepun 2025
Sumber: CBS Sports