Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Iran Dakwa Lepaskan 'Tembakan Amaran' Ke Arah Kapal Perang AS
Tentera Laut Iran dilaporkan telah melepaskan peluru berpandu kruis, roket dan dron berhampiran kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang sedang melalui Selat Hormuz pada Isnin, lapor AFP
Menurut laporan televisyen negara Iran, tentera laut Iran mengesan kehadiran kapal perang AS di kawasan strategik itu sebelum mengeluarkan beberapa tembakan amaran.
“Selepas kapal perang AS itu tidak mengendahkan amaran awal, tentera laut telah mengeluarkan tembakan amaran dengan melancarkan peluru berpandu kruis, roket dan dron tempur di sekitar kapal yang dianggap sebagai penceroboh,” menurut laporan tersebut.
Dalam perkembangan berasingan, tentera Amerika Syarikat memaklumkan bahawa dua kapal pemusnah berpeluru berpandu miliknya telah memasuki kawasan Teluk.