Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Indonesia Lancar Motosikal EV Nasional, Jenama MOLINAS

Indonesia Lancar MOLINAS
Gambar: Laman Web Presiden Republik Indonesia

Indonesia telah melancarkan motosikal elektrik buatan tempatan, Motosikal Elektrik Nasional (MOLINAS), ketika kerajaan meningkatkan usaha untuk mengembangkan sektor pembuatan dalam negara serta mengurangkan kebergantungan terhadap komponen dan bahan api import.

Menteri Pelaburan dan Hiliran merangkap Ketua Lembaga Penyelarasan Pelaburan Indonesia (BKPM) Rosan Perkasa Roeslani berkata MOLINAS dibangunkan menerusi kerjasama antara kerajaan, syarikat milik negara dan syarikat tempatan Indonesia.

Indonesia Lancar MOLINAS, Motosikal Elektrik Berkualiti Tinggi

"MOLINAS merupakan hasil kerjasama dan sinergi antara kerajaan, syarikat milik negara serta syarikat tempatan bagi meningkatkan keupayaan kita untuk berdikari," katanya.

Beliau berkataan demikian pada pelancaran MOLINAS dan ekosistem sokongannya di Cikarang, Bekasi, Jawa Barat pada Khamis.

Jelas Rosan yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Danantara, Indonesia mempunyai sumber, teknologi dan keupayaan yang diperlukan untuk menghasilkan motosikal elektrik dalam negara.

Beliau berkata MOLINAS menggunakan bateri berasaskan nikel disamping turut memaklumkan bahawa Indonesia memiliki 46 peratus daripada rizab nikel dunia.

Penggunaan nikel yang diproses dalam negara boleh menyokong pengeluaran bateri tempatan untuk model MOLINAS pada masa akan datang.

"Ini merupakan produk yang dihasilkan oleh rakyat Indonesia dan boleh terus berkembang. MOLINAS boleh ditawarkan pada harga berpatutan serta berkualiti tinggi, terutama kerana kita boleh memproses nikel menjadi bateri yang boleh digunakan dalam pengeluaran MOLINAS pada masa hadapan," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Prabowo Subianto secara rasmi melancarkan MOLINAS dan ekosistem sokongannya di fasiliti PT Ilectra Motor Group (ALVA) di Cikarang pada Khamis.

Menurutnya, pembangunan motosikal elektrik buatan tempatan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan keupayaan industri Indonesia.

Beliau turut memuji syarikat swasta yang membuat pelaburan dalam pengeluaran elektrik motosikal tersebut meskipun berdepan persaingan daripada pengeluar dari China, Jepun dan Korea Selatan.

Pada masa yang sama, Prabowo berkata pengeluaran motosikal elektrik dalam negara juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap bahan api import.

Pelancaran tersebut telah berlangsung ketika kerajaan terus menggalakkan aktiviti hiliran dan pengeluaran dalam negara sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan penggunaan sumber Indonesia serta memperkukuh industri tempatan.

Intipati
  • Indonesia melancarkan MOLINAS, motosikal elektrik nasional buatan tempatan, di Cikarang pada Khamis.
  • Rosan Perkasa Roeslani berkata projek itu melibatkan kerajaan, syarikat milik negara dan tempatan.
  • Prabowo Subianto berkata pengeluaran tempatan dapat mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap bahan api import.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan