Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dah masuk Ramadan ni, mesti ramai dah mula reset rutin setting alarm awal, fikir menu sahur, beli stok kurma dan bahan dapur.
Tapi jujur cakap… bab bangun sahur memang paling struggle kan?
Ada yang tekan snooze sampai tiga kali. Sedar-sedar azan Subuh dah dekat. Sahur pun jadi ala kadar dengan hanya minum air kosong, makan biskut dua keping, lepas tu terus sambung tidur.
Lagi-lagi untuk wanita bekerjaya. Siang nak fokus kerja, nak kejar dateline, nak urus anak dan rumah. Masuk tengah hari dah mula rasa letih, kulit pun kadang nampak kusam bila badan kurang hidrasi.
Sebab itu tahun ini, ramai mula ubah cara sahur mereka. Bukan sekadar kenyang, tapi jadikan sahur sebagai rutin self-care supaya boleh kekal berseri sepanjang hari berpuasa.
Sebenarnya, sahur adalah waktu paling penting sebelum kita berpuasa hampir 13–14 jam. Apa yang kita ambil waktu ini sangat mempengaruhi tenaga, fokus dan juga kondisi kulit sepanjang hari.
Disebabkan itulah ‘fuel moment’ sangat penting ketika kita menjalani ibadah puasa. Antara elemen penting yang perlu ada dalam sahur ialah:
Vitamin E
Serat
Kurang kolesterol
Gabungan ini membantu badan rasa lebih seimbang dan selesa sepanjang hari.
Ini paling menonjol. Vitamin E bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif.
Secara mudahnya, ia menyokong kesihatan kulit, membantu pembaharuan sel dan menyokong sistem imuniti.
Ketika berpuasa, badan kita bekerja dalam keadaan kurang hidrasi. Jadi, sokongan antioksidan sangat penting supaya kita masih nampak segar dan yakin walaupun seharian tak makan dan minum.
Bila dalaman terjaga, keyakinan pun datang secara semula jadi.
Serat membantu menyokong sistem penghadaman yang normal.
Sahur yang ada serat bantu kita rasa lebih selesa dan tak terlalu cepat rasa kosong. Ia juga membantu kita rasa lebih stabil dari segi tenaga.
Kalau digabungkan dengan oat atau kurma, memang jadi kombinasi sahur yang lebih seimbang dan praktikal.
Bagi yang nak pilihan lebih ringan berbanding susu tenusu biasa, kita kena cari minuman yang hadir dengan 0% kolesterol.
Teksturnya pula kena sedap dan mudah diminum walaupun baru bangun tidur.
Nak cari semua elemen itu dalam satu hidangan mungkin agak leceh. Nasib baik ada Almond Koka, peneman sahur yang makin mendapat perhatian ramai sempena kempen “Sahur Kekal Berseri.”
Almond Koka ialah susu badam No.1 dari Jepun dan menampilkan ketiga-tiga elemen penting tadi:
100% Vitamin E (antioksidan)
Sumber serat yang baik
0% kolesterol
Tiga elemen ini juga antara kelebihan terbesar Almond Koka berbanding kebanyakan jenama plant-based milk lain.
Teksturnya kaya, smooth dan ada aroma badam yang wangi. Minum begitu sahaja pun dah cukup memuaskan, atau boleh jadikan sebagai asas kepada menu sahur yang ringkas.
Menjelang Ramadan ini, ramai wanita mula sedar bahawa sahur boleh jadi momen paling tenang sebelum hari bermula.
Hanya perlu beberapa minit untuk diri sendiri dan beberapa minit untuk pilih yang lebih baik.
Antara idea sahur mudah yang boleh cuba:
Segelas Almond Koka + 3 biji kurma
Overnight oats dengan Almond Koka (siap malam sebelumnya)
Smoothie pisang + Almond Koka (blend tak sampai 1 minit)
Tak perlu menu berat atau rumit. Yang penting konsisten dan seimbang.
Bila badan rasa lebih baik dari dalam, keyakinan pun datang secara semula jadi. Itulah maksud sebenar “Sahur Kekal Berseri.”
Sempena Ramadan, Almond Koka dari Glico Malaysia Sdn Bhd tampil dengan kempen khas “Peraduan Sahur Kekal Berseri.”
Bukan saja bantu korang rasa lebih baik ketika puasa, malah ada peluang menang hadiah menarik!
Cara sertai “Peraduan Sahur Kekal Berseri”? Mudah saja untuk korang sertai dengan hanya ikuti langkah ini:
Beli mana-mana produk Almond Koka bernilai RM15 ke atas dalam satu resit (di mana-mana kedai atau secara online).
Imbas kod QR yang tertera pada bahan promosi dan lengkapkan borang penyertaan dalam talian bersama:
Butiran peribadi yang diperlukan
Muat naik gambar resit pembelian asal

Selesai! Penyertaan korang berjaya dihantar. Tapi, korang harus ingat. Tempoh peraduan ini hanya berlangsung pada 13 Februari – 27 Mac 2026 (Tertakluk kepada terma dan syarat).
Cepat! Ada pelbagai hadiah menarik menanti korang! Antara hadiah yang boleh dimenangi ialah:
2x Hadiah Utama
Voucher Siti Khadijah bernilai RM1,000
5x Hadiah Pertama
Voucher Decathlon bernilai RM500
15x Hadiah Mingguan
Touch ‘n Go eWallet bernilai RM100

Beli sambil sahur lebih baik, dan dalam masa sama berpeluang menang hadiah!
Ramadan kali ini, mungkin sudah tiba masanya kita ubah sedikit cara sahur.
Daripada sekadar makan sebab “nak tahan lapar”, jadikan ia rutin self-care yang bantu kita kekal cergas, yakin dan berseri sepanjang hari.
Dengan 100% Vitamin E (antioksidan), sumber serat yang baik dan 0% kolesterol, Almond Koka bukan sekadar minuman. Ia peneman sahur yang lebih baik untuk wanita bekerjaya.
Dan siapa tahu, sahur kita tahun ini mungkin hadir bersama hadiah istimewa juga.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook Almond Koka untuk info terkini.