Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

IKEA PS 2026 Tampilkan Edisi Paling Menyeronokkan Di Malaysia

Syamimi
IKEA

IKEA PS 2026 Tampilkan Edisi Paling Menyeronokkan Di Malaysia

Reka bentuk yang baik bukan sekadar indah dipandang. Ia harus membawa keceriaan, makna dan keselesaan kepada kehidupan harian serta rumah rakyat Malaysia. Dalam suasana kota yang semakin padat serta rutin yang kian pelbagai, setiap ruang harus dimanfaatkan dengan lebih bijak.

Satu ruang tamu, misalnya, boleh berfungsi sebagai tempat berkumpul, berehat, berhibur dan bermain. Perabot pula perlu mudah dilipat, dialihkan, dikemas atau disesuaikan mengikut keperluan. Praktikal, fleksibel dan direka dengan penuh pertimbangan, namun tetap memberi kegembiraan dan senyuman.

Dalam semangat inilah, koleksi ikonik IKEA PS kembali dengan edisi ke-10 selepas pamerannya di Milan Design Week. Berteraskan konsep ‘playful functionality’ atau fungsi yang menyeronokkan, IKEA PS 2026 menghimpunkan rekaan inovatif yang boleh dilipat, digoyang, digerakkan, dilentur, disorokkan, bercahaya dan mengejutkan dimana setiap satunya direka untuk membawa lebih keselesaan, tenaga dan karakter ke dalam rumah rakyat Malaysia.

Pelancarannya di Malaysia bertepatan dengan ulang tahun ke-30 IKEA Malaysia. Lebih istimewa, Malaysia menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan koleksi ini. Rangkaian penuh IKEA PS 2026 menampilkan 44 rekaan unik termasuk kerusi kembung, bangku goyang, lampu lantai fleksibel, dan banyak lagi.

“Selama 30 tahun di Malaysia, kami mendapati rumah di sini bukan sekadar ruang biasa. Ia dipenuhi tenaga, perbualan dan hubungan. IKEA PS 2026 meraikan semua itu dengan indah melalui reka bentuk yang mengangkat kesederhanaan, diselitkan sedikit jenaka, dan mempunyai pelbagai tujuan.

Praktikal, mudah diakses dan paling penting, sesuai untuk pelbagai bajet,” kata Pengarah Peruncitan Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys.

“Bagi kami, koleksi ini mengukuhkan lagi peranan IKEA dalam membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencipta kehidupan harian yang lebih baik di rumah dengan cara yang mampu milik, menyeronokkan, dan benar-benar mencerminkan diri mereka.”

Dari kiri: Arief Afandi, Arkitek dan Pereka Dalaman Malaysia, Malcolm Pruys, Pengarah Peruncitan Negara IKEA Malaysia, Bam Ng Ker Wei, Pakar Reka Bentuk Dalaman IKEA

Reka Bentuk Demokratik, dengan Unsur yang Menceriakan

Sejak diperkenalkan pada tahun 1995, IKEA PS menjadi platform untuk meneroka idea reka bentuk dengan lebih berani. Nama ‘PS’ bermaksud ‘postscript’, ruang bagi idea segar, eksperimen kreatif, dan reka bentuk Scandinavia moden yang dekat dengan kehidupan sebenar.

Untuk edisi 2026, seramai 12 pereka antarabangsa dijemput bagi meneroka konsep ‘playful functionality’. Hasilnya adalah satu koleksi yang meraikan kesederhanaan dengan unsur jenaka, mengubah objek harian kepada karya yang mengundang orang ramai untuk menyentuh, mencuba dan menerokainya sendiri.

Koleksi ini berasaskan prinsip ‘Reka Bentuk Demokratik’, merupakan falsafah IKEA bahawa reka bentuk yang baik harus seimbang dari segi fungsi, bentuk, kualiti, kelestarian dan harga rendah.

Prinsip ini terus menginspirasi komuniti reka bentuk hari ini, khususnya apabila semakin ramai pereka menyoal bagaimana keindahan boleh tampil lebih praktikal, mudah diakses dan serasi dengan gaya hidup sebenar masyarakat.

Koleksi IKEA PS 2026 menterjemahkan idea ini melalui rekaan yang serasi dengan momen sebenar di rumah. Lampu lantai fleksibel, misalnya, boleh berubah daripada pencahayaan lembut kepada lampu bacaan yang lebih fokus.

Bangku goyang pula menggalakkan pergerakan dan interaksi, menjadikan kerusi ringkas ini satu pengalaman yang dikongsi bersama. Kerusi yang menggelembung pula memberi keselesaan dalam bentuk yang luar biasa, namun tetap ringan dan mudah dialihkan.

Setiap rekaan bukan sahaja praktikal, malah mampu disesuaikan, berinteraksi dengan penggunanya, serta menyuntik rasa ingin tahu dalam kehidupan seharian.

Pada majlis pelancaran, Arief Afandi. seorang arkitek, pereka dalaman Malaysia, pengasas PAXMM Studio serta pensyarah jemputan di Sunway University, hadir sebagai wakil komuniti reka bentuk. Beliau berkongsi perspektif pereka tempatan tentang bagaimana IKEA PS 2026 mampu mengubah cara masyarakat menilai dan berfikir mengenai reka bentuk di rumah.

Beliau melihat koleksi ini sebagai contoh reka bentuk unggul dengan ciri keterbukaan, fleksibiliti, serta keupayaan mencabar tanggapan bahawa sesuatu objek hanya berfungsi untuk satu tujuan tetap.

Bagi Arief, IKEA PS 2026 turut menjadi sumber inspirasi bermakna buat komuniti reka bentuk, kerana ia mendorong para pereka melangkaui aspek estetik semata-mata dan menghasilkan karya yang mencerminkan cara hidup masyarakat sebenar.

IKEA PS 2026 membuktikan bahawa reka bentuk yang bermakna tidak semestinya membosankan. Minimalis tetapi penuh nilai, ringkas namun tetap menarik.

Ia bergerak seiring rentak kehidupan di rumah, berinteraksi dengan penghuninya, dan menegaskan bahawa kesederhanaan mampu melangkah lebih jauh, menghadirkan kejutan manis serta mengubah rutin harian menjadi momen penemuan kecil yang penuh keceriaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi IKEA PS 2026 dan sambutan ulang tahun ke-30 IKEA Malaysia, layari IKEA.my.